Pages

Saturday, September 7, 2013

Red Velvet Cake

Assalamualaikum...

Red velvet cake...hmmm...sape tak tau kan...kek berwarna merah yang lembut dan moist dimakan dengan cream cheese yang rasa sweet sour..milky....emmm...dah terliur lak.. ishk....Sebenarnya kek ni dah lama saya buat..since last year cuma la ni baru dapat share. Bermula dengan suka-suka...jadilah  birthday  cake dan bermacam-macam "sempena kek"..So just to share those pictures that i took using my beloved handphone.... huhuhu



Begin with my daughter's birthday kebetulan pula sama tarikh dengan anak buah.. So pikir punya pikir buatlah dua biji kek...si girl nak barbie doll dan si boy nak angry bird...eh! jadi angry aunty at the end hahaha.. Coz suka-suka je buat kek...gaun barbie tupun  tak smooth sebab masih "fresh" dalam menggunakan fresh cream..


Another occasion my staf pula nak sambut birthday hubby nya..Kebetulan pula...that he loves cheese like crazy......Red Velvet Cake would be the best...." Love is in the air"...  So saya buat simple deco saje...just representing love shape dengan menggunakan cake crumbs...Bak kata pepatah mat salleh.. "Less is More"




Finally, saya buat deco berbeza untuk menunjukkan tanda kasih sayang pada seorang ayah yang banyak berbakti dan berkorban demi keluarga tercinta..."White Roses" dengan titisan embun (sori tak nampak dalam picture ni) menunjukkan hati yang suci dan nurani...and "White Pearl "as border of the cake means "family bonding".. All are made of cream cheese..yummy. Hope you all like it..

"Red Velvet Cake ..you light up our special day"

Friday, September 6, 2013

Resepi Apam Siam......Simply Delicious

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsi Resepi Apam Siam Trio yang sedap dimakan especially untuk Tea Time. Apam ini memang sesuai bagi penggemar telor itik...rahsia nya...gunakan esen vanila untuk mengurangkan bau telor...


Bahan-bahannya sunguh simple

12 biji telur itik (humpty dumpty tu tak kira ye)
500g gula halus ( boleh tambah kalau nak manis lagi)
375g tepung gandum*
1 tsp serbuk penaik*
(* digaul dan diayak sekali)
1 tbsp esen vanila (nak bubuh extra pun ok)
1 tsp or more  strawberry / pandan  emulco or paste

Cara membuatnya cukup mudah berbekalkan keyakinan:-

1. Dengan kelajuan maksimum mixer, pukul telur dan gula hingga kembang macam dalam gambar tu ye...gebu bagai adunan bahulu.

2. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga sebati.


3. Masukkan pula esen vanila untuk memberikan aroma kepada adunan dan pukul lagi hingga sebati.


4. Bahagikan kepada tiga bahagian..dan warnakan mengikut citarasa tersendiri..Kalau hendak dijadikan plain sahaja pun boleh...

5. Masukkan  adunan di atas secara berselang-seli kedalam loyang yang telah dileserkan dengan sedikit minyak supaya  tidak melekat. Saya guna loyang  bulat berukuran 10 x 3".. Kemudian corakkan mengikut kreativiti anda.

6. Kukuslah sehingga masak.. Masanya lebih kurang 40-50 minit bergantung kepada jenis pengukus anda ya.



Ta daaa..dah pun siap. Smells the aroma...Sedia untuk dimakan.. Mudahkan.
     
   Selamat Mencuba !!!












    





Cake Oh Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pagi ni hujan betul-betul lebat, syukur atas nikmat yang diberikan. Ini late entry..my favourite...Chocolate Indulgence...Hmmm biasa plain je so i decided to deco it...dapat lah ilham dari blog kak ita Masam Manis.. Thanks kak ita...since my regular customer ni nak sambut birthday ibunya together with open house sempena hari raya...so she decided to order Choc Indulgence, Marbel Cake, Kek Oren, Talam Tokyo, Kuih Lapis Pelangi and Kuih Serimuka Berlapis.. Wow! What a challange but i made it..Alhamdulillah. Cuma tak sempat ambil gambar kuih je..



Kek Marble...biasa dengarkan...but this cake, it is a bit different. Untuk menampakkan lagi kelainan pada kek ini saya guna acuan silicone. It turns out wonderful. Hehehe...masuk bakul angkat sendiri. Seronok mencuba benda baru ni. The only thing that i don't have is a proper camera so semua picture i snap using my trusted handphone.. hahaha ...and you can see the outcome huhu.... Oh , ye! Kek ini mempunyai tiga rasa; pandan, strawberry dan vanila...sebab itulah diberi nama TRIO...



Chocolate indulgence ni...saya deco simple je.. just sprinkle snow powder sugar to give heart shape at the edge and small butterflies on the other side. Kupu-kupu ni saya buat dari dark chocolate dan white chocolate. Still need to improve my skill though...





Ini pula kek oren...boleh nampak ada 3 ulas oren..atas kek.. Happy Birthday August..i have no idea to whom it is for...i just made it. Sesuai dengan namanya, dari kek hingga ke fillingnya base on orange flavour.. For deco i used fresh cream so its blend with the cake...Sweet sour orange...what a taste, catchy. Hope you like it...Thanks again and again Azizah and family.

Monday, September 2, 2013

Apam Siam Kuih Tradisional

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Latest Mission Impossible 31th August 2013, menyiapkan Apam Siam...yey
Eh, kenapa pula Siam bukan Malaysia ye!
Apam ni adalah salah satu kuih-muih orang dulu-dulu..
Susah nak cari di mana-mana gerai terutamnya pada zaman millenium ni.
Setelah membuat siasatan dan tinjauan lanjut ke website-website maka terhasillah Apam Siam seperti yang tertera di sebelah.

Lihatlah warna serta teksturnya yang lembut dan gebu sungguh mengiurkan. Hahaha...belum terhidu baunya yang wangi....fuh...pekena sepotong...nak lagi!!

Apam ni memang berbeza dari apam lain kerana ianya menggunakan telur itik. Tangan mestilah kuat dan tahap kesabaran yang tinggi kerana adunan perlu dipukul agak lama hingga gebu sampai tangan pun jadi kebas huhuhu....sungguh mencabar kewibawaanku.


Yang ini pula saya letakkan perisa seperi Marble Trio..Eh, kenapa Trio? Sebab ianya mempunyai tiga perasa yang berbeza iaitu  vanila, strawberry dan pandan. Sinonim dangan rasanya maka terciptalah  Apam Siam Trio. Idea ini tercetus apabila pelanggan setia saya, Azizah menempah apam siam untuk ibunya. Terima kasih Azizah dan Ibunya. Mission menjadi Possible...
Yey! Merdeka!!!

Oh ye...Resepi Apam Siam saya kongsi bersama di entry berikutnya ye.
Look for Resepi Apam Siam Trio.