Pages

Thursday, October 24, 2013

Kek Oren Lembab atau Moist Orange Cake

Assalamualaikum.


Alhamdulillah bersua kita kembali. Pagi ini cuaca begitu terang dan damai, setelah hujan lebat seawal pagi tadi. Hmmm, cuaca seperti ini memang seronok dapat berehat sambil menikmati kek oren. 

Kek ini memang enak, ringkas dan harum baunya. Terkenang zaman kecil dulu, membantu ibu memarut kulit oren dan memerah jusnya, keseronokan di dapur bersama kakak, abang dan adik ..Oh, sunguh sahdu!


Cukuplah mendengar celotehan saya, mari kita renung-renungkan resepi Kek Oren Lembab yang mudah, lembut dan lembap.


Bahan-bahannya:-

260 gm butter (pastikan butter pada suhu bilik)
1/2 tbsp Ovalett
1 cawan gula kastor ( asingkan 2 tbsp gula untuk dipukul bersama putih telur)
2 cawan self raising flour
4 biji telur grade A ( asingkan putih dan kuning telur)
2 or 3 biji oren diparut kulitnya (hanya parut kulit yang kuning dan jangan sampai isi putih...nanti rasa pahit pula) dan hanya diperlukan jus perahan oren dari 2 biji oren sahaja
1 tsp orange paste/sunquick(optional)


pewarna oren (optional)


Cara membuatnya:-

1. Panaskan oven pada suhu 175*C. Lenserkan loyang 8x8x3" dengan butter. Boleh jua menggunakan acuan silicone seperti dalam gambar.
2. Pada kelajuan tinggi mixer, pukul butter,ovalett dan gula hingga putih.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga gebu.
4. Masukkan pula parutan kulit oren, orange paste/sunquick serta pewarna oren dan pukul hingga sebati.
5. Kemudian, sambil pukul adunan, masukkan tepung diselang-selikan dengan jus oren sampai habis.
6. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan 2 tbsp gula yang diasingkan tadi, pukul lagi hingga putih telur menjadi kental (meringue).
8.Gaul putih telur kedalam adunan no 5 secara kaedah kaup balik hingga sebati. Tuang adunan kedalam loyang atau acuan silicone dan bakar  selama 40-45 minit atau hingga masak.

Itu sahaja caranya...Mudahkan...SELAMAT MENCUBA.



Tuesday, October 22, 2013

Nasi Kabsa

Late entry...
Hari Raya Aidiladha baru-baru ini disambut dengan meriah bersama keluarga dan sanak saudara. Cuma kali ini hidangan yang disediakan berbeza sedikit.....Nasi Ayam Kabsa ...Kabsa Oh Kabsa..

Yang seronoknya raya kali ini kami menjamu selera dengan makanan terhidang di atas dulang sambil usik mengusik antara keluarga serta mengimbau kisah-kisah lama. Ah, sungguh romantis dan meriah sekali!. 
Terubat segala rindu pabila dapat bertemu. Oh, sungguh puitiskan! 

Ok kembali kita kepada nasi kabsa ni. Nasi Kabsa ini ialah nasi arab timur tengah yang dimasak bersama dengan lauknya samada ayam, daging lembu atau kambing. Enak kalau dihidangkan bersama "Salatah", salad timun atau youghrt pudina.

Mari kita belajar masak Nasi Kabsa. Nasihat saya, bagi yang kolestrol tinggi berwaspada. Yang penting ialah rajin beribadah dan beriadah.


Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam (dikerat 4) atau 1 kg daging/kambing
2 cawan beras basmati- dicuci dan rendam dengan air selama 30 minit dan ditoskan
5 tbsp Olive Oil
3 tbsp Minyak Sapi
Bahan A
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 helai daun laural/ Bay Leave
Bahan B
1 inchi halia - dimayang halus
1 biji bawang holland - disagat halus
1 biji bawang besar merah - disagat halus
3 ulas bawang putih - disagat halus
Bahan C
1 tsp lada hitam biji/serbuk
2 tbsp tomato puri
1 tbsp Rempah Kabsa*
1/4 tsp serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar
1 biji lemon hitam (kalau ada)
Bahan D
1/4 batang karot
1/4 biji capsicum merah dan hijau- di potong dadu
1 biji tomato - dipotong empat

6 cawan air
Garam dan serbuk pati ayam - secukup rasa

Hiasan
50 gm kismis dan 100gm gajus - digoreng sedikit dengan minyak sapi
green and black olive secukupnya

*REMPAH KABSA
1 tbsp jintan manis*
1 tbsp jintan putih*
1 tbsp bunga cengkih*
1 tbsp buah pelaga*
1 tbsp ketumbar biji*
1 tbsp lada hitam*
(* disangai/ goreng tanpa minyak dan dikisar)
Bahan diatas kemudiannya dicampurkan dengan 1 tsp serbuk kunyit dan 1 tbsp serbuk cili.
Dah pun siap rempah kabsa dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara

Caranya:-
1. Panaskan minyak sapi dan olive oil. Tumiskan Bahan A dan B goreng sehingga bau wangi.
2. Kemudian masukkan Bahan C dan goreng sebentar.
3. Masukkan pula ayam dan masak hingga separuh empuk. Tambahkan lah garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
4. Kemudian, masukkan Bahan D dan tuangkan air kedalamnya.
5. Setelah ayam separuh masak, keluarkan ayam dan airnya menjadi stok ayam.
6. Di dalam rice cooker, masukkan beras yang telah ditos berselang-seli dengan ayam yang separuh empuk  serta gajus dan kismis. Tambahkan air stok ayam tadi dan masaklah hingga nasi masak.
7. Kacau dan gembur nasi bila nasi betul-betul masak supaya nasi tidak hancur. Taburkan green and black olive sebagai hiasan.

Dah pun siap...bolehlah dihidangakn di atas dulang atau pinggan dan sedia untuk dijamu.

SELAMAT MENCUBA :0




Sunday, October 20, 2013

Tumbler Pouch...

Untuk tatapan semua..


Berkarya dan Berexperiment dengan benang untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza.
Banyak pengetahuan dan kemahiran  boleh dipelajari dari google dan pakcik youtube. Asalkan menggunakannya dengan niat yang betul.

Suami, anak-anak tersayang serta rakan-rakan turut menjadi pencetus dan pendorong semangat.

Tiada batasan atas segala ilmu selagi kita mampu mempelajarinya..

Bak kata pepatah, "Agi idup Agi Ngelaban" dan "Minat membawa Berkat".

Semua rintangan dapat diatasi dengan izin Allah dan jua selagi niat kita murni.

Ya Allah terimakasih kerana mempermudahkan segala kerjaku.

Kepada ustazah pula terimakasih kerana meminati hasil kerja tangan ku...

Kek Marble Trio

Assalamulaikum...
Alhamdulillah hari ini cuaca cerah dan nyaman. Kebetulan pula hari ahad jadi ramai yang berkesempatan untuk membuat aktiviti bersama keluarga. Menu untuk minuman petang hari ini bolehlah diceriakan lagi dengan mencuba resepi ini. Jadi saya nak share resepi Kek Marble Trio (diolah dari resepi asal Che Mat Gebu). Sungguh mudah dan enak terutamanya bila dimakan panas-panas.
Bahan-bahannya juga mudah didapati :-

Bahan A :
300 gm butter ( saya guna buttercup je)
280 gm superfine flour *
1 tbsp susu tepung (nak guna susu tepung anak pun boleh)*
1 tsp baking powder *
(* digaul rata kemudian diayak sekali)

Bahan B:-
250gm kastor sugar
5 biji telor grade A ( saya guna 6 biji telor grade C)
1 tbsp Ovalett
1 tsp esen vanila    

Bahan C:-
30 gm gliserin dicampur dengan 20 gm air
( saya guna 50 ml susu cair je)       

Caranya berbekalkan keyakinan dan kasih sayang:-


1. Panaskan oven pada suhu 175*C..guna api atas dan bawah ye :)
2. Pukul butter hingga kembang . Perlahankan kelajuan mixer dan      masukkan tepung sikit demi sedikit hingga sekata.
3. Dalam bekas lain, dengan kelajuan maximum mixer, pukul bahan B hingga kembang seperti adunan bahulu...gebuuu.
4. Perlahankan kelajuan mixer. Masukkan adunan no.2 sedikit demi   sedikit dan pukul hingga sekata.
5. Masukkan pula bahan C dan pukul hingga sebati.
6. Bahagikan kepada tiga bahagian dan warnakan mengikut citrasa masing-masing ( saya guna 1 1/2 tsp chocolate emulco/ 1 tsp or more strawberry emulco/ 1 tsp or more pandan emulco dan perisa rose...yang ni terlebih tiga rasa...hahaha...)
7. Masukkan adunan secara berselang seli mengikut kreativiti anda ke dalam loyang 8x8x3" yang telah  dilenserkan dengan butter atau acuan silicone. Dan  bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak....

Mudahkan lagi2 kalau dibuat dengan penuh rasa kasih sayang..... SELAMAT MENCUBA ;)

Saturday, October 19, 2013

Ultraman Cake

Assalamualaikum.....dan  Salam Satu Malaysia.
Dah lama tak menjengah blog ni...sibuknya ya rabbii....alhamdulillah banyak jugak dapat tempahan kek. Dalam sesibuk ni...birthday cake anak sendiri tak dilupakan tapi bercinta juga nak menyiapkan kek yang diidamkan. Ultraman...ottomen..ishk...berpinar biji mata menggelek fondant nak menyiapkan figurine ni. Skill tiada jadi berbekalkan ajaran yang disampaikan oleh Pakcik YouTube...dapat jugalah disiapkan akhirnya....
Alamak blurr...pulak snap dengan kamera handphone kali ni....merajuk gak nye handphnoe ni .Yelah mulakan pun dah lewat malam...pukul 2 pagi baru boleh siapkan figurine ni...hajat di hati nak suprisekan anak...jadi gagahkan gak memikirkan bagaimana nak selesaikan tugasan ni...Alhamdulillah dipermudahkan...

Setelah dibelek-belek bahan kek di rumah,maka terhasil Kek coklat Lembab di lapisi dengan Chocolate Ganache (bahagian atas ganache pula berbentuk swirl) dan Fresh Cream. Kebetulan pula ada Ultraman icing image. Jadi apalagi, tempekkan je keliling kek bentuk heksagon tu....

Anak begitu teruja...tak disangka dapat juga kek yang diidamkan....walaupun simple tapi yang penting kasih sayang... Cake Cutting dibuat di Sekolah Agama sahaja. Kawan-kawannya tersenyum sambil menyanyikan Lagu....Allah Selamat kan Kamu....Allah Selamat kan Kamu...habis je nyanyian....anak meniupkan lilin dengan sepantas kilat memotong kek nya dengan hati yang penuh riang...gembira dapat berkongsi kek dengan rakan-rakannya.. Alhamdulillah..
Semoga Naufal menjadi seorang anak yang baik, soleh, berilmu dan cemerlang....Aminnn...