Pages

Friday, September 6, 2013

Resepi Apam Siam......Simply Delicious

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsi Resepi Apam Siam Trio yang sedap dimakan especially untuk Tea Time. Apam ini memang sesuai bagi penggemar telor itik...rahsia nya...gunakan esen vanila untuk mengurangkan bau telor...


Bahan-bahannya sunguh simple

12 biji telur itik (humpty dumpty tu tak kira ye)
500g gula halus ( boleh tambah kalau nak manis lagi)
375g tepung gandum*
1 tsp serbuk penaik*
(* digaul dan diayak sekali)
1 tbsp esen vanila (nak bubuh extra pun ok)
1 tsp or more  strawberry / pandan  emulco or paste

Cara membuatnya cukup mudah berbekalkan keyakinan:-

1. Dengan kelajuan maksimum mixer, pukul telur dan gula hingga kembang macam dalam gambar tu ye...gebu bagai adunan bahulu.

2. Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga sebati.


3. Masukkan pula esen vanila untuk memberikan aroma kepada adunan dan pukul lagi hingga sebati.


4. Bahagikan kepada tiga bahagian..dan warnakan mengikut citarasa tersendiri..Kalau hendak dijadikan plain sahaja pun boleh...

5. Masukkan  adunan di atas secara berselang-seli kedalam loyang yang telah dileserkan dengan sedikit minyak supaya  tidak melekat. Saya guna loyang  bulat berukuran 10 x 3".. Kemudian corakkan mengikut kreativiti anda.

6. Kukuslah sehingga masak.. Masanya lebih kurang 40-50 minit bergantung kepada jenis pengukus anda ya.



Ta daaa..dah pun siap. Smells the aroma...Sedia untuk dimakan.. Mudahkan.
     
   Selamat Mencuba !!!












    





3 comments:

  1. Dh lama cari resepi ni nk try lah.. thanks kongsi resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Mencuba...post lah gambar bila dah buat nnt ye :)

      Delete
  2. Kalau pakai telur ayam boleh tak..

    ReplyDelete