
Latest Mission Impossible 31th August 2013, menyiapkan Apam Siam...yey
Eh, kenapa pula Siam bukan Malaysia ye!
Apam ni adalah salah satu kuih-muih orang dulu-dulu..
Susah nak cari di mana-mana gerai terutamnya pada zaman millenium ni.
Setelah membuat siasatan dan tinjauan lanjut ke website-website maka terhasillah Apam Siam seperti yang tertera di sebelah.
Lihatlah warna serta teksturnya yang lembut dan gebu sungguh mengiurkan. Hahaha...belum terhidu baunya yang wangi....fuh...pekena sepotong...nak lagi!!
Apam ni memang berbeza dari apam lain kerana ianya menggunakan telur itik. Tangan mestilah kuat dan tahap kesabaran yang tinggi kerana adunan perlu dipukul agak lama hingga gebu sampai tangan pun jadi kebas huhuhu....sungguh mencabar kewibawaanku.
Yang ini pula saya letakkan perisa seperi Marble Trio..Eh, kenapa Trio? Sebab ianya mempunyai tiga perasa yang berbeza iaitu vanila, strawberry dan pandan. Sinonim dangan rasanya maka terciptalah Apam Siam Trio. Idea ini tercetus apabila pelanggan setia saya, Azizah menempah apam siam untuk ibunya. Terima kasih Azizah dan Ibunya. Mission menjadi Possible...
Yey! Merdeka!!!
Oh ye...Resepi Apam Siam saya kongsi bersama di entry berikutnya ye.
Look for Resepi Apam Siam Trio.
No comments:
Post a Comment