Pages

Tuesday, February 11, 2014

Russian Black and White Cake

Assalamualaikum semua :)

Dah lama kita tak berjumpa ye. Hari ini kita sama-sama pergi ke Rusia ye. Difikir-fikir  macam mana pula nak buat kek ni. Kek ini memang berat dan very rich. Ianya kaya dengan rasa coklat, coffee dan keju. Mungkin disebabkan itulah diberi nama Rusia kerana bahan-bahannya mudah didapati di sana. Kek ini sesuai untuk semua golongan umur kecuali bayi hahahaha.

Yang menarik tentang kek ini bukan sekadar rasa tapi coraknya jua. Lihatlah susunan ganache dan keju seolah-olah susunan batu bata..

Hari ini kita amati resepi kek coklat lembap yang menjadi asas kepada kek rusia ni.

Bahan A:-
300 gm tepung
100 gm serbuk koko
1 tsp baking powder
1 tsp sodium bicarbonat
* semuanya digaul dan diayak bersama

Bahan B:-
3 biji telor grade A/ 4 biji telor gd B
380 gm gula kastor

Bahan C:-
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Bahan D:-
250ml air panas

Caranya:-
1. Preheat oven pada suhu 160*C. Sediakan loyang 8 inchi yang di alas dgn kertas minyak
2. Pukul bahan B hingga putih gebu. Kemudian masukkan bahan C serta pukul rata.
3. Masukkan bahan A sikit demi sedikit dan pukul sekata
4. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.

Senang kan ...nanti kita sambung bagaimana nak buat filling nya.

Friday, December 6, 2013

Cheesecake


Pejam celik pejam celik dah sampai bulan disember, kita sedang menghampiri penghujung tahun 2013. Pantas sungguh masa berlalu. Betulah bak kata pepatah melayu 'Masa itu Berharga'...'Masa itu Emas'. Bulan disember ni memang musim hujan. Banyak jua kawasan yang ditenggelami air. Banjir sana sini, tetapi itu adalah rahmat dari Allah yang Maha Kuasa..Sesungguhnya ada hikamah disebaliknya. Bersama-samalah kita doakan agar semuanya selamat dan juga dipermudahkan.

Musim tengkujuh ni sedap juga minum petang dengan sepotong cheesecake..Jadi saya selitkan jua masa yang ada untuk membuat cheescake ni...it's a simple cheesecake and delicious too. Bahan-bahannya jua mudah diperolehi,.

Bahan-bahannya:-


Base

150 gm biskut digestive/marie/oreo
(saya guna biskut orea-buangkan ceream nya)
65 gm butter (room temperature)
Caranye;-
1. Masukkan biskut oreo ke dalam beg plastik ( zipper bag), dengan menggunakan kayu pencanai (roller pin) ketuk biskut hingga hancur.
2. Kemudian ramaskan butter dan biskut hingga sebati
3. Gunakan Springform pan yang dialaskan dengan parchment paper .
4. Masukkan biskut yang telah diramaskan dengan butter ke dalam loyang springform dan tekan hingga padat.
5. Masukkan dalam freezer selama 10 minit supaya base menjadi keras.



Cheesecake pula

250 - 270 gm Cream Cheese
140 gm gula kastor
1 tsp esen vanila
250ml Sour cream/plain youghurt
3 biji telur grade A
2 tbsp corn starch(tepung jagung)
250ml Fresh cream


Caranya:-
1. Pukul Cream cheese dengan mixer hingga menjadi bentuk krim.
2. Kemudian masukkan bahan-bahan lain mengikut turutan berikut sambil memukul adunan iaitu
  • gula 
  • esen vanila 
  • sour cream 
  • telur 
  • corn starch (tepung jagung)
  • Fresh cream.
3. Bakar secara double boiler (seperti dalam gambar di atas dengan menggunakan air panas).
4. Bakar selama 30 minit pertama pada suhu 200*C denagn meletakkan aluminium foil atasnya bagi menggelakkan hangus permukaan cheesecake.
5.Kemudian turunkan suhu kepada 160*C dan bakar lagi selama 30 minit...(tak payah letak penutup atas nya ye)
6. Keluarkan dari oven dan biarkan cheesecake tu sejuk pada suhu bilik sebelum disimpan dalam peti sejuk semalam...Lagiii sodap dimakan :)

Thursday, November 28, 2013

Talam Tokyo

Assalamualaikum.....Hijau itu Menawan......semestinya kuih Talam Tokyo



Hai....lama tak mengadap blogspot ni...sibuk melayan kerenah anak-anak pada musim cuti sekolah. Anak-anak cuti tapi maknya masih berkerje macam biasa. Minum petang....i have no idea what to serve for Tea Time....Google punye google jumpalah resepi Talam Tokyo dari Azie Kitchen. Nampak sungguh menarik...selalu menjamu Kuih Seri Muka je tapi talam ni ada kelainan nya.

Dari mana dapat nama kuih talam ye?. Kuih talam ni biasanya dibuat di dalam talam yang besar berbentuk bulat ataupun segiempatsama atau segiempat tepat. Setelah kuih dimasak, barulah dipotong menurut saiz hidangan dan bentuk yang dikehendaki....Itulah sejarah talam :0

Sekali pandang kuih ini seakan-akan seperti kuih Seri Muka. Lapisan atas berwarna hijau dan lapisan bawah berwarna putih..Tapi rasa dan teksturnya berlainan..sedap dan nyaman..sesuai untuk peminat sagoo. Mari kita tinjau-tinjau resepi nye...

Talam Tokyo

Lapisan bawah

300gm sagoo putih (dibersihkan dan direndam selama 30 minit)
60 gm sohoon (direndam dengan air suam-suam kuku selama 30 minit)
100gm kelapa parut putih
100ml santan pekat
300ml air
1 tsp garam

Caranya
1. Sagoo yang telah direndam ditoskan. Sohoon yang direndam pula ditoskan dan dipotong kecil-kecil.
2. Kemudian satukan bahan-bahan di atas ke dalam loyang 10 x10 x2" yang telah dialaskan 
dengan plastik dan dioleskan dengan minyak.
3. Kukuslah selama 25-30 minit. Biarkan lapisan bawah sejuk sebelum tuang lapisan atas.





Lapisan Atas

100gm tepung kastad
250gm gula pasir 
400ml santan pekat
400ml air + 4 helai daun pandan diblend dan ditapiskan
1 penutup pewarna hijau (Brand Star)
1/8 tsp air abu or 1/2 tsp air kapur
1/2 tsp garam
4 biji telur grade A

Caranya:-
1. Campurkan tepung kastad, gula pasir, santan pekat, air abu dan pewarna ke dalam periuk. 
Kemudian masukkan air pandan yang telah ditapis dan kacau  dimasak dengan api yang kecil.
2. Masukkan telur satu persatu sambil kacau adunan tadi hingga masak dan naik wap.
3. Tapiskan adunan tadi. Kemudian tuangkan ke atas lapisan bawah (sagoo)
4. Kukuslah selama 30 minit. Sesudah masak, angkat dan sejukkan sebelum di potong.

Tips; Buang air pada tutup pengukus setiap 10 minit untuk mendapatkan 
permukaan kuih yang licin dan sekata.  Selamat Mencuba.










Monday, November 11, 2013

Pancake....simply irresistible

Assalamualaikum..
Late entry...
Pagi ni cuaca agak cerah, maklumlah sekarang ni musim tengkujur..Asal pagi termenung memikirkan apa juadah yang nak dibuat untuk sarapan pagi.. Google punye google..jumpalah resepi yang simple dari AlongRoz....Pancake..hmmm atau lempeng moden..Memang resepinya simple dan senang dibuat. Ok jom kita lihat resepinya.

Bahan-Bahannya:

115g Tepung Gandum
1 tsp Soda Bikarbonat
1 tsp Krim Tartar
25 g Butter
1 biji telor gred A or B ( nak guna gd C pun buleh je)
150 ml Susu Segar
1 Tbsp Gula
Secubit Garam

Cara-caranya:-

  1. Campurkan tepung, soda, krim tartar, garam dan gula. Gaul rata.
  2. Masukkan pula butter dan gaul sampai berderai seperti serbuk roti. Jgn gaul lama2 nanti jadi doh pula.
  3. Lubangkan tengah-tengah tepung tadi seperti membentuk perigi dan pecahkan telor lalu digaul sebati.
  4. Kemudian masukkan pula susu segar dan gaul lagi hingga sebati.
  5. Tuangkan sesenduk adunan tadi diatas kuali yang telah dilenserkan dengan sedikit minyak.
  6. Masak pancake hingga buih2 udaranya pecah, barulah diterbalikkan.
  7. Tadaa...dah pun siap...senangkan.

Simple....Easy....Delicious....Irresistible

Thursday, October 24, 2013

Kek Oren Lembab atau Moist Orange Cake

Assalamualaikum.


Alhamdulillah bersua kita kembali. Pagi ini cuaca begitu terang dan damai, setelah hujan lebat seawal pagi tadi. Hmmm, cuaca seperti ini memang seronok dapat berehat sambil menikmati kek oren. 

Kek ini memang enak, ringkas dan harum baunya. Terkenang zaman kecil dulu, membantu ibu memarut kulit oren dan memerah jusnya, keseronokan di dapur bersama kakak, abang dan adik ..Oh, sunguh sahdu!


Cukuplah mendengar celotehan saya, mari kita renung-renungkan resepi Kek Oren Lembab yang mudah, lembut dan lembap.


Bahan-bahannya:-

260 gm butter (pastikan butter pada suhu bilik)
1/2 tbsp Ovalett
1 cawan gula kastor ( asingkan 2 tbsp gula untuk dipukul bersama putih telur)
2 cawan self raising flour
4 biji telur grade A ( asingkan putih dan kuning telur)
2 or 3 biji oren diparut kulitnya (hanya parut kulit yang kuning dan jangan sampai isi putih...nanti rasa pahit pula) dan hanya diperlukan jus perahan oren dari 2 biji oren sahaja
1 tsp orange paste/sunquick(optional)


pewarna oren (optional)


Cara membuatnya:-

1. Panaskan oven pada suhu 175*C. Lenserkan loyang 8x8x3" dengan butter. Boleh jua menggunakan acuan silicone seperti dalam gambar.
2. Pada kelajuan tinggi mixer, pukul butter,ovalett dan gula hingga putih.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga gebu.
4. Masukkan pula parutan kulit oren, orange paste/sunquick serta pewarna oren dan pukul hingga sebati.
5. Kemudian, sambil pukul adunan, masukkan tepung diselang-selikan dengan jus oren sampai habis.
6. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan 2 tbsp gula yang diasingkan tadi, pukul lagi hingga putih telur menjadi kental (meringue).
8.Gaul putih telur kedalam adunan no 5 secara kaedah kaup balik hingga sebati. Tuang adunan kedalam loyang atau acuan silicone dan bakar  selama 40-45 minit atau hingga masak.

Itu sahaja caranya...Mudahkan...SELAMAT MENCUBA.



Tuesday, October 22, 2013

Nasi Kabsa

Late entry...
Hari Raya Aidiladha baru-baru ini disambut dengan meriah bersama keluarga dan sanak saudara. Cuma kali ini hidangan yang disediakan berbeza sedikit.....Nasi Ayam Kabsa ...Kabsa Oh Kabsa..

Yang seronoknya raya kali ini kami menjamu selera dengan makanan terhidang di atas dulang sambil usik mengusik antara keluarga serta mengimbau kisah-kisah lama. Ah, sungguh romantis dan meriah sekali!. 
Terubat segala rindu pabila dapat bertemu. Oh, sungguh puitiskan! 

Ok kembali kita kepada nasi kabsa ni. Nasi Kabsa ini ialah nasi arab timur tengah yang dimasak bersama dengan lauknya samada ayam, daging lembu atau kambing. Enak kalau dihidangkan bersama "Salatah", salad timun atau youghrt pudina.

Mari kita belajar masak Nasi Kabsa. Nasihat saya, bagi yang kolestrol tinggi berwaspada. Yang penting ialah rajin beribadah dan beriadah.


Bahan-bahannya:-
1 ekor ayam (dikerat 4) atau 1 kg daging/kambing
2 cawan beras basmati- dicuci dan rendam dengan air selama 30 minit dan ditoskan
5 tbsp Olive Oil
3 tbsp Minyak Sapi
Bahan A
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 helai daun laural/ Bay Leave
Bahan B
1 inchi halia - dimayang halus
1 biji bawang holland - disagat halus
1 biji bawang besar merah - disagat halus
3 ulas bawang putih - disagat halus
Bahan C
1 tsp lada hitam biji/serbuk
2 tbsp tomato puri
1 tbsp Rempah Kabsa*
1/4 tsp serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar
1 biji lemon hitam (kalau ada)
Bahan D
1/4 batang karot
1/4 biji capsicum merah dan hijau- di potong dadu
1 biji tomato - dipotong empat

6 cawan air
Garam dan serbuk pati ayam - secukup rasa

Hiasan
50 gm kismis dan 100gm gajus - digoreng sedikit dengan minyak sapi
green and black olive secukupnya

*REMPAH KABSA
1 tbsp jintan manis*
1 tbsp jintan putih*
1 tbsp bunga cengkih*
1 tbsp buah pelaga*
1 tbsp ketumbar biji*
1 tbsp lada hitam*
(* disangai/ goreng tanpa minyak dan dikisar)
Bahan diatas kemudiannya dicampurkan dengan 1 tsp serbuk kunyit dan 1 tbsp serbuk cili.
Dah pun siap rempah kabsa dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara

Caranya:-
1. Panaskan minyak sapi dan olive oil. Tumiskan Bahan A dan B goreng sehingga bau wangi.
2. Kemudian masukkan Bahan C dan goreng sebentar.
3. Masukkan pula ayam dan masak hingga separuh empuk. Tambahkan lah garam dan serbuk pati ayam secukup rasa.
4. Kemudian, masukkan Bahan D dan tuangkan air kedalamnya.
5. Setelah ayam separuh masak, keluarkan ayam dan airnya menjadi stok ayam.
6. Di dalam rice cooker, masukkan beras yang telah ditos berselang-seli dengan ayam yang separuh empuk  serta gajus dan kismis. Tambahkan air stok ayam tadi dan masaklah hingga nasi masak.
7. Kacau dan gembur nasi bila nasi betul-betul masak supaya nasi tidak hancur. Taburkan green and black olive sebagai hiasan.

Dah pun siap...bolehlah dihidangakn di atas dulang atau pinggan dan sedia untuk dijamu.

SELAMAT MENCUBA :0




Sunday, October 20, 2013

Tumbler Pouch...

Untuk tatapan semua..


Berkarya dan Berexperiment dengan benang untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza.
Banyak pengetahuan dan kemahiran  boleh dipelajari dari google dan pakcik youtube. Asalkan menggunakannya dengan niat yang betul.

Suami, anak-anak tersayang serta rakan-rakan turut menjadi pencetus dan pendorong semangat.

Tiada batasan atas segala ilmu selagi kita mampu mempelajarinya..

Bak kata pepatah, "Agi idup Agi Ngelaban" dan "Minat membawa Berkat".

Semua rintangan dapat diatasi dengan izin Allah dan jua selagi niat kita murni.

Ya Allah terimakasih kerana mempermudahkan segala kerjaku.

Kepada ustazah pula terimakasih kerana meminati hasil kerja tangan ku...