Assalamualaikum.
Alhamdulillah bersua kita kembali. Pagi ini cuaca begitu terang dan damai, setelah hujan lebat seawal pagi tadi. Hmmm, cuaca seperti ini memang seronok dapat berehat sambil menikmati kek oren.
Kek ini memang enak, ringkas dan harum baunya. Terkenang zaman kecil dulu, membantu ibu memarut kulit oren dan memerah jusnya, keseronokan di dapur bersama kakak, abang dan adik ..Oh, sunguh sahdu!

Cukuplah mendengar celotehan saya, mari kita renung-renungkan resepi Kek Oren Lembab yang mudah, lembut dan lembap.
Bahan-bahannya:-
260 gm butter (pastikan butter pada suhu bilik)
1/2 tbsp Ovalett
1 cawan gula kastor ( asingkan 2 tbsp gula untuk dipukul bersama putih telur)
2 cawan self raising flour
4 biji telur grade A ( asingkan putih dan kuning telur)
2 or 3 biji oren diparut kulitnya (hanya parut kulit yang kuning dan jangan sampai isi putih...nanti rasa pahit pula) dan hanya diperlukan jus perahan oren dari 2 biji oren sahaja
1 tsp orange paste/sunquick(optional)

pewarna oren (optional)
Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven pada suhu 175*C. Lenserkan loyang 8x8x3" dengan butter. Boleh jua menggunakan acuan silicone seperti dalam gambar.
2. Pada kelajuan tinggi mixer, pukul butter,ovalett dan gula hingga putih.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga gebu.
4. Masukkan pula parutan kulit oren, orange paste/sunquick serta pewarna oren dan pukul hingga sebati.
5. Kemudian, sambil pukul adunan, masukkan tepung diselang-selikan dengan jus oren sampai habis.
6. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan 2 tbsp gula yang diasingkan tadi, pukul lagi hingga putih telur menjadi kental (meringue).
8.Gaul putih telur kedalam adunan no 5 secara kaedah kaup balik hingga sebati. Tuang adunan kedalam loyang atau acuan silicone dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.
Itu sahaja caranya...Mudahkan...SELAMAT MENCUBA.
Salam..
ReplyDeleteTerima kasih untuk resepi yg kek oren yang lembut dan sedap ni.. bau oren semerbak... mmg best.. tak rugi cuba.. mmg terbaik..
Alhamdulillah.. Terima kasih kerana mencuba resepi saya :)
ReplyDelete